If you hate to see from you'r eyes..Then see from you'r heart ^_^

Tuesday, June 25, 2013

Bab 37 (Aku Kau Bersama?!)


  azhani terkejut kepada sebuah kereta yang secara tiba berhenti di hadapan mereka berdua.’Mini Cooper’?!. Takkanla...Azhani menghampiri kereta itu dan mengetuk tingkap kereta itu.Tingkap itu diturunkan ke bawah.
 
    “Hai sayang..”Senyum Syed Ariff.
    Jadi betulla ni kereta Syed Ariff!.”a..abang?Apa abang buat dekat sini? Bukan abang tidur dekat rumah ke tadi?”Azhani terkejut.Alih-alih suaminya pula ada di depan mata.”Masa sayang pergi kedai sebenarnya abang baru bangun.Puas abang cari Az dalam rumah rupanya mak cakap Az pergi kedai.Abang pun ingat nak jemput Az.Tiba-tiba dah nampak Az dengan kawan Az dekat tepi jalan ni.”Terang Syed Ariff.”Apalah abang ni,patutnya abang tak payah ambil Azhani.Abang kan still penat lagi.Rehat je la dekat rumah lain kali.”Sambung Azhani.”Ok,ok.Nanti bila abang balik abang akan terus rehat.Az janganla risau.Abang sebenarnya nak rehat dengan isteri abang yang seorang ni.”Syed Ariff tersenyum.”Dah,sekarang cepat masuk kereta,ajak kawan Az tu sekali.Abang tengok dia dah macam nak cair dah tu kena matahari.”Gelak Syed Ariff kemudian membuka pintu kereta.Azhani memandang Asyikin yang berada di tepi kereta.Kawan baikla sangat si Asyikin tu.Kawan baik apa buat aku sakit hati pastu hina aku.Huh!.
     Kemudian satu idea dan perancangan terbit dari minda Azhani.Azhani tersenyum nakal.Azhani menundukkan kepalanya untuk bercakap dengan Syed Ariff yang berada di dalam kereta.”Abang,boleh tak nanti abang rahsiakan daripada kawan Az yang abang ni suami Az.”Bisik Azhani.Muka Syed berkerut.”Apasal? Azhani malu dengan abang ek.Kenapa,muka abang ni dah tak cukup hensem ke untuk Az,ha?”Sengaja nada rajuk dibuat oleh Syed Ariff.Ish,apala suami aku ni.Fikir tu pulak!
   “Bukan Az malu la bang! Susah Az nak terangkan.Tapi apa-apa pun tolong jangan bagitau kawan Az yang abang ni suami Az.Ok?.Tolongla,sekali je.”Azhani merayu.Syed Ariff mengeluh.”Iyerla-iyerlah.Cepat masuk dalam kereta.”Kata Syed Ariff membuatkan Azhani tersenyum lebar dan terus pergi kepada Asyikin.Dia dapat melihat muka gadis itu terlalu lama berkerut.Mungkin pelik dengan apa yang terjadi.”Masukla dalam kereta.”Kata Azhani dengan gaya sombong.”Kereta ni?Buat apa?! Lagipun siapa lelaki dalam kereta tu.Aku tak kenal?”Kata Asyikin bertubi-tubi.Azhani mencebik.”Mamat dalam kereta tu sebenarnya kawan aku.Dia kata dia boleh hantarkan kita balik.Nasib baikla kereta tu muat untuk dua perempuan.Kalau tak aku dah lama suruh kawan aku tinggalkan kau.”Kata Azhani.Asyikin mendengus.”Kau jangan nak berlagak boleh tak.No,aku takkan terima bantuan kau tu.”Asyikin mempalingkan kepalanya bersama egonya yang masih menebal.”Suka hati kaula nak masuk ke tak.Dikira baik tau aku bagi bantuan ni pada kau selepas kau hina aku tadi.Aku nak masuk ni.Kalau duduk lama-lama dekat matahari camni kulit aku pulak yang rosak.Bye.”Azhani memasuki perut kereta itu dengan tersenyum.Pasti punya Asyikin akan menerima bantuannya.Alamak bab-bab muka ni aku memang sensitif.Kalau muka aku rosak,mesti pakwe aku nak pandang pun jemu.Tak boleh jadi! Baik aku masuk sebelum muka pretty aku ni rosak.Asyikin terus masuk kereta itu dengan tergopoh-gapah dan menutup pintu kereta.Azhani pula yang menyaksikan itu hanya tergelak kecil.”Masuk jugak rupanya...”Azhani senyum sinis.”Senyapla.”Asyikin memberikan pandangan tajam kepada Azhani.Namun,Azhani hanya tergelak.
      Lantas Azhani memegang bahu Syed Ariff menyuruhnya memaling kebelakang.”Bang..Eh?Errr..Ariff,kenalkan kawan Az.Nama dia Asyikin.Dulu,dia pernah jadi jiran Az.”Terang Azhani.Fuh,nasib baik tak terkantoi aku panggil Ariff abang tadi.Syed Ariff memandang Asyikin sambil tersenyum.Jadi ni la kawan isteri aku.Kata hati Syed Ariff.”Hai,selamat berkenalan.Saya Syed Ariff.Gembira jumpa awak Asyikin.”Syed Ariff tersenyum kepada Asyikin.Asyikin pula hanya memandang wajah Syed Ariff tanpa berkedip.Perrghh,hotnya mamat kawan Azhani ni.Boleh masuk dalam list ni!.Asyikin mula nekad dalam hati.Baginya senyuman Syed Ariff betul-betul menawan.Buah hati doktornya pun telah hilang begitu sahaja.
     “Hai,saya Asyikin.Gembira berjumpa dengan awak Syed Ariff.”Asyikin mula kontrol cun dan memberikan senyuman yang manis.Azhani pula hanya memandang dengan muak.
    “Jadi,awak dah berapa lama kenal dengan Az saya?”Soal Syed Ariff.
    “Oh,dah lama betul saya kenal Az sebenarnya.Kitaorang kawan rapat sangat masa sekolah menengah and rendah.Macam isi dengan kukula.”Ketawa Asyikin.Azhani hanya membuat muka jijik mendengar.Pandai betul Asyikin ni menipu untuk mengambil perhatian Syed Ariff.”Wow,lama jugak ye.Tak sangka korang still rapat.”Kata Syed Ariff.”Well,rapat tu memang rapatla.Entah kenapa hari ni saya tak tahu pulak yang Az ni ada kawan lelaki yang macam awak.”Kata Asyikin.”Maksud awak?” Syed Ariff tidak mengerti.”No,nevermind.”Asyikin tersenyum manis.”Oklah,kalau macam tu saya start drive ye.Prepare pakai tali pinggang ladies!” Kata Syed Ariff dan mula menekan pedal.Syed Ariff mula fokus di jalanraya.
      “Psstt,Az.Apasal kau tak bagitau aku pun yang kau ada kawan dengan mat ‘hot’.Ko sengaja kan buat kawan baik kau ni macam ni!” Bisik Asyikin.Azhani mengetap bibir.
    “Sorry sikit.Aku takkan ada kawan macam kau.Penipu besar betul!” Kata Azhani.Asyikin hanya menjeling tajam kearah Azhani.Ooo..kau ingat kau bagus sangat la ye Azhani.”Ok,fine.Kalau itu yang kau rasa.Aku nak adakan competition.Siapa yang dapat Syed Ariff dulu.Dialah yang paling hebat!”Kata Asyikin namun nadanya masih membisik.Azhani bersorak di dalam hati.Umpan sudah masuk di dalam jerat.Hehhe..  
  “Well,aku tak kisah.Aku onn je.”Senyum Azhani.Asyikin mula menyampah.”Tengokla,aku yang akan dapat tackle Syed Ariff dulu.Aku sarankan kau beli tisu banyak-banyak lepas ni.”Kata Asyikin seraya membaling pemandanganya di luar.Azhani pula hanya terus menerus tersenyum.Syed Ariff pula yang tenang memandu dapat mengesan perlakuan pelik isteri dan kawannya berbisik.Apa yang diorang cakap tu? Ah,hal perempuan kut.Syed Ariff meneruskan tumpuan memandunya.
    Apabila tiba di dua selekoh,Syed Ariff memberhentikan kenderaannya dan memaling ke belakang.”So,Asyikin.Awak nak saya hantar awak balik atau pun awak nak pergi rumah Az,sebab saya nak pergi rumah Az selepas ni.”Kata Syed Ariff sambil mengangkat keningnya.Azhani hanya tersenyum.Pandai jugak mamat ni berlakon.
    Asyikin berfikir sejenak.Aduh,kenapa la mamat ni nak singgah rumah Azhani pulak? Rosak plan aku!.”Kalau awak nak pergi rumah Azhani,saya pun nak ikutlah.Saya nak jumpa Cik Yah sekejap nak tanya khabar.Walaupun,saya nak jugak berbual dengan awak dekat sana nanti.”Balas Asyikin.”Ok,dekat rumah Azhani nanti kita berborak ye.”Senyum Syed Ariff.Asyikin tersenyum lebar.Bolehla aku rapat dengan Ariff sekejap lagi.Azhani hanya memandang tajam kearah mereka berdua.Suami aku ni berlakon punya baik sampai aku pun naik jeles! Sabar Az,sabar.Jangan hancurkan plan kau.Syed Ariff memegang stereng dan kenderaanya mula belok ke selekoh kanan.Akhirnya  dalam beberapa minit,mereka tiba di hadapan laman rumah Azhani.
   Azhani terus membuka pintu dan keluar daripada kereta.”Korang masukla dulu rumah aku.Aku nak bagi tepung ni dekat mak aku kejap.Nanti aku buat air,ok!”Kata Azhani dan terus menuju ke pintu belakang.Syed Ariff dan Asyikin juga turut keluar daripada kereta dan menuju ke dalam rumah.”Jadi,Ariff singgah ke rumah Az ni nak buat apa?” Soal Asyikin.Pelik juga kenapa lelaki itu mahu datang ke rumah Azhani.”Well,saya datang ni sengaja-sengaja je.”Balas Syed Ariff.Disebabkan Azhani menyuruhnya berlakon,terpaksa la dia berlakon.”Sengaja? Sengaja sebab apa?” Muka Asyikin berkerut.”Ermm,sengaja nak tengok Az.Oh,ya.Saya bukan singgah je,saya bermalam di sini sekali.”Senyum Syed Ariff kemudian terus meluru ke depan.Langkah Asyikin terhenti.Dia semakin tidak memahami situasi sekarang.Bermalam dekat rumah Azhani?! Lelaki ni gila ke apa?!.Asyikin diam sejenak kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya.Ah,mungkin Ariff bergurau je kot.Takkanla Cik Yah bagi dia bermalam di sini.Tambahan pula,aku takkan kalah pada Azhani!
    Lantas Asyikin terus bergerak masuk ke dalam rumah Azhani.”Dudukla,aku tuangkan air.”Kata Azhani,dia menuangkan air.Syed Ariff pula duduk di kerusi berdekatan Azhani.Asyikin hanya mengangguk.”Mak kau mana Az?”.Soal Asyikin.”Mak aku dekat dapur,aku nak pergi panggil mak aku sekejap.Korang minum-minum la dulu.”Kata Azhani kemudian memberi gelas yang berisi air kepada Asyikin dan Syed Ariff.Azhani sempat lagi membesarkan matanya ketika menghulurkan air kepada Syed Ariff memberikan isyarat supaya suaminya meneruskan lakonan.Syed Ariff hanya membuat muka ‘blur’,tanda sudah malas hendak berlakon.Sejurus itu Azhani terus berlalu ke dapur.
    Asyikin meneguk air sirap itu dengan perlahan-lahan.Sementara itu,matanya tidak lepas daripada memandang perlakuan Syed Ariff meminum air.Hensemnya Ariff ni,tengok gaya pun dah dapat agak karisma dia tinggi.Ah,aku mesti tackle dia sebelum Azhani!.Asyikin sudah dapat membayang dirinya dan Syed Ariff berdua-duaan.
    “Jadi Ariff,jom kita mula borak sekarang.”Kata Asyikin sambil tersenyum manis.
  “Ok.So apa yang awak nak tahu tentang saya,Miss Asyikin.”Syed Ariff membalas.
  “Emm..Saya nak tahu banyak.Tapi sebelum tu,boleh saya tahu awak bekerja sebagai apa?” Soal Asyikin.Bab pekerjaan lah kalau nak pilih lelaki akan Asyikin titikberatkan .Kalau ada gaya tapi low-class buat apa.Euuww.Syed Ariff pula hanya tersenyum.Dia sudah dapat mengagak Asyikin akan cuba mendapat perhatianya.Sudah ramai wanita berbuat begitu padanya.Sebelum kenal,perempuan akan melihat gaya atau pun hartanya.Barulah mereka akan menggoda Syed Ariff.Ah,aku dah muak dengan semua tu.Kisah lama.
     Seraya Syed Ariff mengeluarkan dompetnya dan mengambil sekeping kad lalu memberikan kepada Asyikin.Terus Asyikin mengambilnya dan melihat dengan teliti.Naib Pengerusi Company Mazlan Holding?!! Jadi,dia ni anak kepada Datuk Mazlan jutawan tu ke? Membulat mata Asyikin memandang kad itu.”Kenapa Miss Asyikin pandang kad saya macam tu? Tak percaya?”Kata Syed Ariff.Asyikin kalut.”Betulke..awak anak kepada Datuk Mazlan jutawan tu?”Soal Asyikin.”Yup.Thats me.” Angguk Syed Ariff.
    Asyikin menelan air liurnya.Tak sangka betul yang Syed Ariff ni anak kepada jutawan.Wah,inilah peluang keemasan aku.Terus Asyikin menyimpan kad itu dan tersenyum lebar.”Saya tak sangka Ariff ni anak jutawan.Maafkan la kalau saya agak tak sopan tadi.”Asyikin mula mengambil karakter sebagai perempuan melayu terakhir.”No problem.”Balas Syed Ariff.Mereka berdua bertukar senyuman.
      Wah,siap senyum lagi diorang berdua.Asyikin mesti tengah tackle suami aku.Ariff ni pulak layan je minah ni.Geram betul!.Azhani mengetap bibir apabila melihat perbualan antara mereka berdua.Azhani yang menyorok di pintu dapur sedang tercongok-congok ingin mendengar apa yang mereka bualkan.Namun hanya reaksi raut wajah mereka sahaja yang Azhani lihat.Aduh,nak dengar jugak apa diorang cakap.
   “Azhani,kamu curi dengar perbualan orang ye.Tak baik tau isteri orang buat macamni.”
      Terkejut Azhani mendengar suara Mak Cik Yah dari belakang.Aduh,kantoi pulak.Sejak bila pulak mak ada dekat sini?Bukan dalam tandas ke? “Ma..mana ada Azhani curi dengar.Az tengok je.”Kata Azhani membuat riak selamba.”Dah,kamu jangan nak kelentong mak.Kalau dah cemburu sangat dengan diorang berdua tu pergi je la dekat ruang tamu tu.Ni yang terhendap-hendap buat apa.”Kata Mak Cik Yah.Tahu sangat perangai anaknya.Azhani mencebik.”Mana ada Azhani menghendap.Az,,Azhani nak pergi depan la ni.”Kata Azhani kemudian terus pergi ke ruang tamu.Mak Cik Yah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.Tak dapat dia mengerti anaknya sudah matang atau belum.Perangai macam budak-budak!.Kemudian Mak Cik Yah turut berlalu sama ke ruang tamu.
    “Asyikin,lama dah Cik Yah tak nampak kamu.”Sapa Mak Cik Yah.Lantas Asyikin bangun dari kerusi dan menyalam tangan Mak Cik Yah.”Asyikin pun dah lama tak nampak Cik Yah.Itu la sengaja nak singgah hari ni.Cik Yah sihat?”Soal Asyikin.”Sihat je Alhamdulillah.Dudukla kita berbual sikit.”Ajak Mak Cik Yah.Asyikin hanya tersenyum.
  “Cik Yah dengar kekasih kamu tu doktor.Baguslah tu.Nanti kalau kamu kahwin jangan lupa ajak Cik Yah dengan Az sekali tau.”Kata Mak Cik Yah.
  “Insyaallah..Hehe..”Asyikin tersenyum tawar.Aduh,kenapa la Cik Yah bagitahu hal ni depan Ariff.Rosak terus semua plan aku!.Geram Asyikin di dalam hati.Azhani tersenyum.Kantoi sudahh.Sementara itu,Syed Ariff melihat sahaja perlakuan isterinya.Kenapala Azhani suruh aku berlakon depan Asyikin.Dia nak tipu Asyikin ke? Fikir Syed Ariff.Melihat perbualan Mak Cik Yah dan Asyikin akan berkekalan.Azhani mula rasa bosan.Nak bukak tudung sekejapla dalam bilik.Panas gila jalan tadi sampai tak hilang lagi peluh aku ni.
    “Mak,Az masuk bilik sekejap ye.”Minta Azhani.
    “Ermm.Pergilah.”Balas Mak Cik Yah.Kemudian Azhani terus meluru masuk ke dalam bilik.Syed Ariff pula mula merasa bosan.Mak Cik Yah dan Asyikin pula meneguk air sementara bersambung untuk berbual.”Mak,saya jugak nak masuk dalam bilik dulu ye.”Pamit Syed Ariff.”Kamu pun sama Ariff? Emm..Pergilah.”Izin Mak Cik Yah.
  Mak?!.Betul ke apa yang aku dengar ni?Kenapa pulak Syed Ariff panggil dia mak?!Asyikin tidak percaya.Apabila Syed Ariff bangun dan menuju ke hadapan bilik Azhani, Asyikin mula terkejut.Eh,apasal pulak Syed Ariff masuk bilik dengan Azhani?Apa ni?Cik Yah pun macam tak ada reaksi nampak Syed Ariff masuk bilik Azhani.Asyikin menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.Dia betul-betul tidak faham apa yang berlaku.
       Azhani membuka tudung yang menutupi kepalanya.Fuh,lega siot.Dia membiarkan kipas angin yang membelai rambutnya.Sekarang ni Asyikin dah ada dekat rumah aku.Aduh,macam mana ek aku nak bagitau Asyikin yang aku isteri Syed Ariff.Tunggu, kenapa aku takut sangat nak bagitau minah tu,bukan aku ke yang first-first tipu dia.Kenapa aku tipu dia?Sebab nak balas dendam dekat Asyikin yang hidung tinggi tu! Suka-suka je tuduh aku berkahwin dengan orang tua! Tapi balas dendam tu kan berdosa.Apa yang kau buat ni berdosa Az.Tapi..Tapi Asyikin dia...Argghh!!
     Azhani  mengetuk-ngetuk kepalanya.Bingung sungguh dia sampai berperang dengan perasaan sendiri.”Mak!!” Terkejut Azhani apabila ada tangan yang memeluk pinggangnya.”Abang ni memang nak Az mati cepat ek?Suka sangat terkejut kan Az!”Getus Azhani.Syed Ariff tersenyum.”Heheh..Lawak pulak abang tengok Az ketuk-ketuk kepala Az tadi.Sayang fikir apa ni?Sampai macam tu sekali.”Kata Syed Ariff.
   Eh?Syed Ariff dalam bilik?Dalam bilik?! Terus Azhani berpusing 360 darjah menghadap Syed Ariff.”Abang,apa abang buat dalam bilik ni?Nanti kalau Asyikin nampak dia mesti perasan!”Kata Azhani.Aduh,rosak jugak plan aku.”Yang sayang takut sangat ni kenapa?Abang rasa Asyikin dah perasan dah pun.Tak payahla Az nak tipu bagai.”Jawab Syed Ariff selamba.Waduuh,memang hancur berkecai plan gua! Azhani menepuk dahinya.”Abang pelik betul dengan Az ni.Kenapa tak nak mengaku yang kita berkahwin depan Asyikin.Boleh tolong jelaskan.I need to know.”Syed Ariff membuat muka serius.
   Alamak,nak bagi alasan apa ni?”Azhani Cuma..err..”.Azhani cuba mencari alasan di dalam otaknya.”Az apa?Az tipu sebab nak balas dendam ek.Abang tengok Az macam geram je dekat Asyikin tadi.”Syed Ariff tersenyum sinis.”Ma..mana ada Az nak balas dendam!Az Cuma nak...err..nak balas je apa dia buat dekat Az.”Azhani kalut.”Ha! samalah tu dengan balas dendam.”Kata Syed Ariff.Azhani senyap.Sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi.Suami dia ni memang pakar betulkan dalam hal pancing fikiran orang ni?
   “Az,abang just nak cakap yang abang tak suka Az rahsiakan perkahwinan kita dekat orang lain.Az isteri abang dan abang nak satu dunia tahu tentang tu.Faham.Walaupun,tak elok tau balas-balas dendam ni.”Terang Syed Ariff.Azhani mengeluh.Haih,betul jugak cakap suami aku ni.Kalau aku balas dendam pun,last-last nanti aku sendiri yang sakit hati dan perkara tu betul-betul membuang masa.Kemudian Azhani tersenyum.”Hai bang..Sejak bila jadi baik sangat ni.”
    “Sejak  abang kahwin dengan Az la.”Senyum Syed Ariff.Azhani mencebik kemudian tersenyum.Ceh,time dia kahwin dengan aku pun still dingin.Ish,apala kau ni Az,itukan cerita lama.
    “Ok,Az mengaku Az bersalah.Jadi abang nak Az buat apa sekarang ni?”
    “Abang nak Az buat satu perkara je.Kite mengaku depan Asyikin sekarang.Jom!” Kata Syed Ariff seraya menarik tangan isterinya.Errkk!! mengaku sekarang!Depan Asyikin?!
   “Abang,Az malu la plak.Tak nakla.”Azhani menarik kembali tanganya.
   “Ooo..Sekarang dah pandai malu plak ye.Pandai buat,pandai tanggung.Abang tak kira,kita mengaku sekarang jugak!”Kata Syed Ariff kemudian terus menarik tangan Azhani sehingga keluar daripada pintu bilik.Azhani mula kalut.Entah mengapa dia menjadi takut apa bakal reaksi yang akan Asyikin buat.Menjerit?Melolong? Ish,tak mungkinla.Overrlah pemikiran kau Az.
  
      Asyikin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sejak tadi? Kenapa Syed Ariff memasuki bilik Azhani dan memanggil Mak Cik Yah emak?Arrgghh!! Apa ni!.Asyikin menjerit di dalam hati.Mak Cik Yah yang perasan riak muka Asyikin mula berasa pelik.”Asyikin,kamu ni ok ke?Cik Yah tengok dari tadi muka kamu asyik berkerut je.Fikirkan sesuatu ke?”Soal Mak Cik Yah.Asyikin merenung Mak Cik Yah lama.Mungkinkah Mak Cik Yah tahu jawapan untuk persoalan yang membelengu otaknya.Ah,tanya je lah!
    “Mak Cik Yah,kalau saya tanya ni Mak Cik Yah jangan marah ye.”Kata Asyikin perlahan-lahan.
   “Tanya ape ni Asyikin?” Mak Cik Yah mula berasa ingin tahu.Macam ada benda buruk sahaja.
  “Asyikin cuma nak tanya Mak Cik Yah,errrr..Mak Cik Yah tak kisah ke Ariff masuk bilik Az.Bukan apa,cuma tak manis lelaki masuk bilik perempuan.Takut nanti diorang ada apa-apa ke.”Kata Asyikin.
   “Eh,kamu ni tak tau pasal Ariff ke Asyikin?” Terkejut Mak Cik Yah mendengar pertanyaan Asyikin.
   “Tahu ape Mak Cik Yah?”
   “Laa..Kamu memang tak tahu rupanya! Ariff dengan Az tu dah kahwin.Sebab tu la diorang duduk sebilik.”Penyataan Mak Cik Yah bagaikan hendak membuat Asyikin pengsan di situ juga.Az berkahwin dengan Syed Ariff anak jutawan!! Oh My Goat!!.Asyikin terus bangun daripada kerusi.”Mak..maksud mak cik..selama ni..”
    Tidak sempat Asyikin berkata,Azhani dan Syed Ariff yang baru keluar daripada bilik sudah terpacul di hadapan Asyikin.”Err..Asyikin..Aku dengan Syed Ariff nak buat satu pengakuan..”Kata Azhani perlahan-lahan.Dapat Asyikin melihat Syed Ariff menggenggam tangan Azhani sambil tersenyum.Oh,ini tak mungkin berlaku!Nafas Asyikin mula turun naik.

     “Se..sebenarnya..Aku dengan Syed Ariff adalah suami isteri.”Kalut Azhani mengatakan perkataan itu.Dapat dia melihat reaksi Asyikin yang bagaikan tidak percaya.Asyikin apa lagi,mata terus membulat.No way!


              *p/s :Sorry for the long time!..Saya ada exam dan perlu sangat2 untuk fokus.Hope you like bab 37!~ Nak ckp trimas sangat pada saperw yg comment!  :3

6 comments:

  1. hwaiting for ya exam dear
    this is 2nd e-novel yg sye bace n trus lekat kt jiwa n pale
    ari2 mst bukak blog nie waitin update
    love ur story ;)

    ReplyDelete
  2. thank you baby mio and yoo zara kerana sudi membaca novel yg tak seberapa ni. <3..(terharu T^T)

    ReplyDelete
  3. errr..nk tanye., tsk to stnd for...??
    hehehe...

    ReplyDelete
  4. Besttt!!!! 5 STAR utk penulis.. hope pnulis trus berkarya ye.. sweet je story ni..

    ReplyDelete